Kamis, 13 Mei 2010

Lirik Lagu Tulisan Tangan John Lennon Dilelang Rp 7 Miliar (tempointeraktif)

Lirik lagu A Day in the Life, tulisan tangan John Lennon yang berisi ajakan menggunakan obat terlarang, dilelang. Diperkirakan akan laku Rp 7 miliar.

Read More

Rabu, 12 Mei 2010

Song Lyrics » “Follow The Calls For Battle” Darkened Nocturn ...

Song “Follow The Calls For Battle” Artist “Darkened Nocturn Slaughtercult”. A Vast Colossos Is Storming Over The Land The Gigant Judgement Of Sudden Death It Is Creeping Up Transforming The Human Dwelling Into A Combustion Chamber ...

Read More

Selasa, 11 Mei 2010

Lirik Lagu Tulisan Tangan John Lennon Dilelong US$700,000 (MStar)

SALINAN lirik lagu The Beatles iaitu A Day In The Life yang ditulis tangan oleh John Lennon akan dilelong pada harga US$700,000. Harga itu diambil kira berdasarkan sejarah lama The Beatles.

Lirik lagu itu ditulis pada tahun 1967, dilengkapi dengan tanda tangan John Lennon. Pada kertas tersebut, terdapat tulisan tangan Paul McCartney. Muka hadapan kertas itu menunjukkan lirik asal John dan muka belakangnya adalah penyempurnaan lirik lagu yang dibuat oleh Paul.

Bekas anggota The Beatles, Mal Evans yang merupakan pemegang sekaligus pemilik kertas tersebut merancang untuk melelong barang berharga itu di galeri Sotheby, New York.

Lagu A Day In The Life merupakan salah satu lagu The Beatles yang terlaku pada tahun 1967. Lagu itu terdapat dalam album Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band. Bayangkan, ketika itu A Day In The Life berada di carta tertinggi lagu Inggeris selama 27 minggu dan 15 minggu dalam carta lagu Amerika Syarikat.

"Lirik tersebut memberikan pemandangan yang jarang-jarang berlaku dan mendinamikkan lagu The Beatles," ujar jurucakap pelelong Sotheby kepada Mail Online.

Mengikut perancangan, lelongan lirik lagu tulisan tangan Lennon itu akan berakhir pada Jun tahun ini.


Read More

Senin, 10 Mei 2010

Shila kecewa dipinggirkan (Utusan Malaysia)

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar AIZZUL A. MAJID

NOORSHILA merancang untuk muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.


RAMBU Ramba, Kad Ucapanmu dan Aku Sudah Jatuh Hati adalah antara lagu nyanyian penyanyi bersuara serak-serak basah, Noorshila Amin yang cukup popular di zaman kegemilangannya pada 1988.

Menyanyikan lagu-lagu berunsur ringan namun mengandungi mesej tersendiri dengan lirik yang cukup mudah diingati oleh setiap lapisan masyarakat membuatkan nama Noorshila Amin, 42, sehingga kini masih lagi diingati.

Biarpun sudah jarang benar kelibatnya muncul di mana-mana saluran televisyen namun, suaranya tidak pernah sunyi menghiburkan halwa telinga pendengar apabila lagu nyanyiannya diputarkan di corong-corong radio.

Pertemuan yang diatur dengannya di salah sebuah pusat membeli belah di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini ternyata tidaklah terlalu sukar untuk dilaksanakan.

Malah pada hari yang dijanjikan, Noorshila tampil bergaya, berseluar jeans dan kemeja berwarna hitam. Dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir, mulutnya ramah menyapa dan menghulurkan salam perkenalan.

Bertanya kemanakah dia menghilang setelah lama tidak muncul di khalayak, pantas sahaja dia berkata: "Bukan saya yang menghilang tetapi orang yang tidak mencari saya," ujarnya seakan merajuk.

Ketika itu, Noorshila tidak mahu menyembunyikan perasaan hampanya pada segelintir pihak yang seperti melupakan nama-nama artis sepertinya.

"Mungkin juga tiada langsung cerita tentang saya di media kerana saya tiada cerita yang hendak diberitahu.

"Cuma saya terkilan apabila saya dan rakan-rakan artis lama seperti tidak mendapat perhatian oleh media dan masyarakat. Inilah sikap orang kita yang begitu mudah melupakan yang lama malah, melebihkan mereka yang baru.

"Saya bercakap atas apa yang saya lihat. Sebagai contoh, dalam majlis-majlis anugerah, artis baru dan masih belum mencipta kejayaan diberi penghargaan menyampaikan anugerah kepada pemenang.

"Susah sangat ke mencari artis yang dahulunya memang ternyata telah memberi sumbangan dan sesuatu kepada industri," kata penerima Anugerah Penghibur TV Terbaik 1992/1993.

Akuinya, biarpun zaman kegemilangan sudah semakin jauh meninggalkan dirinya, dia sebenarnya ingin kembali menyanyi seperti dahulu.

Apatah lagi, ramai di kalangan peminat yang ditemuinya rata-rata memberikan sokongan dan galakan agar dia kembali aktif menyanyi seperti dahulu.

Selesa menyanyikan lagu-lagu ringan, jelasnya, dia mungkin akan kembali menerbitkan single tidak lama lagi dengan mengekalkan identitinya. Jika ada perbezaan sekali pun, ia lebih kepada susunan muzik.

"Sekarang saya sedang kumpul duit dan mencari komposer yang boleh mencipta lagu-lagu yang bersesuaian dengan konsep lagu serta nyanyian saya.

"Sebagai orang lama, memang saya sudah kenal dengan ramai komposer dan penulis lirik namun, nak mencari yang benar-benar sesuai bekerja dengan saya agak sukar," kata Norshila yang mendirikan rumah tangga dengan Norrizan Abd. Majid, 50, pada April 1984.

Menyanyi kerana anak

Mengimbau kembali perjuangan seni penyanyi yang pernah menyertai pertandingan Bintang RTM pada tahun 1983 itu, nama Noorshila sebenarnya mula melonjak menerusi lagu Kad Ucapanmu sekitar tahun 1989.

Jelas Noorshila, apa yang cukup membanggakannya, biarpun ketika itu status dirinya bergelar ibu kepada dua anak, namun masyarakat dapat menerima malah, tiada langsung prejudis terhadap dirinya.

Bayangkan tatkala anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian dan kasih daripadanya, dia terpaksa berkerja tidak kira waktu untuk sama-sama menampung keperluan keluarga membesarkan anak-anaknya ketika itu.

"Biarpun sudah berkahwin dan sudah ada dua anak ketika memulakan kerjaya sebagai penyanyi namun, peminat boleh menerima bakat nyanyian saya.

"Mungkin sebab itu juga saya antara artis yang tidak ada kontroversi atau mungkin juga kerana sebelum ini saya memang telah dididik oleh mak dan ayah untuk sentiasa menjaga maruah diri. Apa sahaja yang saya hendak lakukan pasti saya akan terkenangkan wajah ibu dan ayah saya terlebih dahulu.

"Kini, saya terapkan pula pegangan itu dalam diri anak-anak saya dan sentiasa menasihati mereka agar sentiasa pandai menjaga diri dan berfikir yang mana baik dan yang mana buruk," katanya.

Sebab itu, kata Noorshila, pengorbanannya berbaloi apabila dua daripada empat anaknya kini sudah berkerjaya tetap.

Mereka ialah Nurul Admiena, 26, yang bekerja sebagai eksekutif bank dan Nurul Nadia, 24 yang kini bertugas sebagai seorang peguam.

Dua lagi anak-anaknya ialah Mohammad Daniel Durrany, 17, bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dan yang bongsu ialah Mohammad Banni Bashisyar, 15, yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

"Mungkin juga anak-anak saya melihat sendiri bagaimana susahnya saya dan suami bekerja mencari rezeki untuk membesarkan mereka dan dari situ timbul kesedaran dalam diri mereka.

"Alhamdulillah, saya sangat-sangat gembira dengan keluarga saya kini. Dua anak saya sudah sukses dalam kerjaya dan kini hanya tinggal dua orang lagi untuk saya berikan tumpuan," kata Noorshila lagi.


Read More